Catatan Popular

Selasa, 3 Mei 2011

I-REZEKI

  • 1) I-Mesra
    Pengenalan
    Skim Pembiayaan I-Mesra merupakan skim asas kepada pembiayaan AIM. Skim ini ditawarkan bermula dari pembiayaan pertama dengan jumlah maksima RM2,000 dan digunakan untuk membiayai projek ekonomi yang diyakini dapat memberi pulangan yang baik kepada Sahabat AIM tersebut.
    Maklumat Pembiayaan
    • Had maksima pembiayaan ialah RM19,900 serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan.
    • Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
    • Kaedah bayar balik secara mingguan.
    • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
    Syarat-syarat Khusus I-Mesra
  • Sahabat layak mendapat I-Mesra kali pertama setelah disahkan dalam kumpulan dan pusat, selepas menjalani Proses Penurunan Kuasa dan Pengiktirafan kumpulan.
  • Sahabat layak membuat pembiayaan I-Mesra kali kedua sekiranya peningkatan jumlah pembiayaan yang dipohon adalah kurang daripada RM3,000.
  • Sahabat perlu memenuhi keperluan Asas Simpanan bagi I-Mesra melebihi RM10,000 
    2) I-Srikandi
  • Pengenalan
    Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki Srikandi (I-Srikandi) yang berasaskan konsep fast track adalah merupakan satu skim yang diperkenalkan kepada Sahabat yang mempunyai potensi projek yang berjaya dan berdaya maju. Skim ini juga bertujuan memberi segala kemudahan kredit kepada Sahabat lama tanpa perlu mencari modal tambahan daripada agensi kewangan lain. Melalui skim ini juga Sahabat layak membuat pembiayaan lebih daripada satu dalam tempoh beliau sedang meminjam sama ada melalui pembiayaan semula berkembar.
    Maklumat Pembiayaan
    • Had maksima pembiayaan ialah RM19,900.
    • Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
    • Kaedah bayar balik secara mingguan.
    • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
    Syarat-syarat Khusus I-Srikandi
    • Sahabat boleh mendapat pembiayaan I-Srikandi jika projek terdahulu yang dibiayai oleh I-Mesra berdaya maju dan memerlukan modal pembiayaan yang lebih besar (satu kali ganda dari pembiayaan terdahulu).
    • Kelayakan Sahabat tertakluk kepada proses Keberkesanan Operasi Jumlah Sahabat Pinjam Tanpa Tunggakan di atas 80%.
    • Kelayakan Sahabat tertakluk kepada kadar portfolio berisiko pada 0%.
    • Sahabat mesti memenuhi Asas Simpanan bagi pembiayaan melebihi RM10,000.

    3) I-Wibawa
    Pengenalan
    Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki Wibawa (I-Wibawa) merupakan satu skim pembiayaan yang ditawarkan kepada Sahabat yang sedang mengambil pembiayaan I-Mesra atau I-Srikandi. Skim ini diperkenalkan untuk memberi pinjaman yang mudah kepada Sahabat yang memerlukan tambahan modal untuk menjalankan projek secara bermusim atau peluang yang datang dalam tempoh masa yang singkat.
    Maklumat Pembiayaan
    • Had maksima pembiayaan ialah RM5,000.
    • Tempoh bayar balik maksima adalah sehingga 6 bulan.
    • Kaedah bayar balik sama ada mingguan, bulanan atau sekaligus.
    • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
    Syarat-syarat Khusus I-Wibawa
  • Sahabat boleh mendapat pembiayaann I-Wibawa apabila Sahabat memperolehi peluang projek ekonomi/perniagaan dalam tempoh jangkamasa singkat dan memerlukan sumber kewangan sekaligus dan cepat. Contoh : Perniagaan di musim perayaan atau kontrak/tender dari pihak Kerajaan /swasta yang terjamin bayaran baliknya.
  • Sahabat yang sedang membuat pembiayaan ekonomi (I-Mesra atau I-Srikandi atau I-Wawasan) membuat bayaran balik mengikut jadual dengan sempurna.
  • Sahabat yang sedang membuat I-Mesra kali pertama (di kalangan Sahabat baru) hendaklah sekurang-kurangnya telah membuat bayaran balik dalam tempoh
4) I-Wawasan
Pengenalan
Skim Pembiayaan Ikhtiar Perusahaan Kecil yang dikenali sebagai skim I-Wawasan diperkenalkan untuk melaksanakan skim graduation kepada Sahabat yang berjaya mencapai tahap keushawanan kecil dan sederhana.
Skim ini untuk menggalakkan Sahabat supaya melibatkan diri dalam perusahaan kecil dan sederhana.
Maklumat pembiayaan
  • Had pembiayaan maksima RM50,000 dan minima RM20,000.
  • Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 250 minggu.
  • Kaedah bayar balik secara mingguan.
  • Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
Syarat-syarat Khusus I-Wawasan
  • Pendapatan sahabat telah meningkat sekurang-kurangnya 5 kali ganda daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa kerajaan.
  • Sahabat telah membuat pembiayaan Ikhtiar (Pembiayaan Ekonomi) sekurang-kurangnya 5 kali dan pernah membuat pembiayaan tertinggi melebihi RM10,000.
  • Sahabat masih mengekalkan rekod disiplin Ikhtiar yang baik terutamanya rekod kehadiran dalam mesyuarat pusat (melebihi 90%) dan rekod bayar balik yang sempurna (100%).
  • Sahabat perlu menyediakan rekod-rekod perniagaan dan kewangan yang baik.
  • Sahabat yang berpengalaman menjalankan projek akan dibiayai sekurang-kurangnya tiga tahun ATAU bagi projek baru diceburi Sahabat perlu mempunyai latihan asas dalam bidang berkenaan daripada badan-badan yang berkaitan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, MARDI, MARA dan lain-lain.
  • Sahabat yang menjalankan perniagaan mesti mempunyai lesen perniagaan yang sah.
  • Had umur Sahabat meminjam mestilah tidak melebihi 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Memenuhi syarat Asas Simpanan mengikut jumlah pembiayaan.
 
PERSATUAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA        
(AIM)
(Cawangan: Pusat Cempaka 2 Nilai N.S)
Lot: 7772, Bt 161/2, Jalan Salak,
71800 Nilai
Negeri Sembilan

TEL: 013-601 8088 TEL/FAX : 06-794 0623
Email : aimnilai@yahoo.com.my
Blog: http://aimcempakadua.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan