Catatan Popular

Selasa, 3 Mei 2011

I-PENYAYANG

Pengenalan
Skim pembiayaan pemulihan atau I-Penyayang ini merupakan satu jalan penyelesaian untuk membantu Sahabat yang menghadapi masalah kegagalan projek ekonomi yang disebabkan oleh bencana alam, persekitaran ekonomi dan sosial atau Sahabat. Pembiayaan ini disediakan supaya Sahabat dapat memulakan projek baru atau memulihkan projek yang gagal itu.
I-Penyayang ini ditawarkan kepada Sahabat yang didapati mengalami masalah bayar balik dua minggu berturut-turut, selepas dikenal pasti punca kegagalan projek mereka. Sekiranya mereka layak, maka bayaran balik sedia ada ditangguhkan mengikut prosedur penangguhan bayar balik, kemudian pembiayaan I-Penyayang diproses seperti pembiayaan biasa. Dalam tempoh pembiayaan balik I-Penyayang, jika Sahabat mampu membuat bayaran bagi dua pembiayaan, maka penangguan bayar balik pembiayaan biasa akan dibuka semula. Jika Sahabat belum layak, maka pembayaran balik I-Penyayang diutamakan terlebih dahulu.
Maklumat Pembiayaan
  • Had maksima pembiayaan ialah RM5,000.
  • Tempoh bayar balik adalah antara 25 minggu hingga 150 minggu.
  • Caj pengurusan 10% setahun.
  • Caj pengurusan 5% (untuk tempoh bayar balik selama 6 bulan).
Syarat-Syarat Khusus Pembiayaan I-Penyayang
  • Sahabat yang menghadapi masalah kegagalan projek dan menyebabkan masalah bayar balik mengikut jadual. Kegagalan projek yang diterima adalah disebabkan oleh bencana alam (tsunami, banjir besar, kemarau yang berpanjangan), masalah pasaran (kegawatan ekonomi, kejatuhan harga barang, kenaikan harga kos), masalah penyakit yang melanda Sahabat/Ahli keluarga atau masalah keluarga (perceraian).
  • Sahabat bersedia untuk memulakan projek baru dengan jumlah modal pembiayaan yang lebih kecil (terutamanya pada Sahabat yang pernah mengambil pembiayaan besar).
  • Disiplin kehadiran Sahabat, kumpulan dan pusat berada di tahap yang baik (mengikut syarat umum pembiayaan).
  • Pembiayaan yang tertunggak mestilah ditangguhkan terlebih dahulu.
  • Sahabat yang berada dalam tempoh pemulihan dan mengambil I-Penyayang tidak layak mengambil lain-lain pembiayaan secara berkembar.
  • Sahabat dan kumpulan sanggup menjalani Proses Penurunan Kuasa Khas untuk I-Penyayang dengan kandungan latihan seperti berikut :-
    • Proses Penurunan Kuasa hari 1 semua Sahabat bersama ahli kumpulan yang lain. Dicadangkan agar ahli keluarga juga turut serta di dalam majlis tersebut.
    • Proses Penurunan Kuasa semula dikenakan kepada Sahabat dan kumpulan dengan penekanan kepada topik kredit disiplin, peer support dan peer pressure serta penurunan kuasa kepada kumpulan serta pemberkuasaan (empowerment) Pengerusi. Cadangan Proses Penurunan Kuasa untuk kes ini adalah 4 hari sahaja termasuk Hari Pengiktirafan.
    • Pengiktirafan s
       
      PERSATUAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA        
      (AIM)
      (Cawangan: Pusat Cempaka 2 Nilai N.S)
      Lot: 7772, Bt 161/2, Jalan Salak,
      71800 Nilai
      Negeri Sembilan

      TEL: 013-601 8088 TEL/FAX : 06-794 0623
      Email : aimnilai@yahoo.com.my
      Blog: http://aimcempakadua.blogspot.com

      emula oleh Pegawai Rancangan atau Pengurus Wilayah untuk menilai semula kekukuhan kumpulan dan melihat sejauh mana komitmen Sahabat dalam memperbaiki disiplin dirinya.
    •  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan