Catatan Popular

MINIT MESYUARAT PUSAT

5hb Mei 2011 - KHAMIS 2011 - SUAI KENAL

Pada hari ini telah diadakan Taklimat perjumpaan Bakal -Bakal Ahli baru AIM bersama Pegawai Pusat AIM dari Seremban Negeri Sembilan. Bertempat di Kedai Loveshine Creations -Wallpaper. Seramai 30 orang telah hadir untuk mengisi borang
KEPADA AHLI-AHLI BARU KAMI DARI  AIM CEMPAKA DUA MENGUCAPKAN
SELAMAT DATANG KE KELUAGA CEMPAKA DUA.

1) SITI HAIZA ( MANTIN )   - HYZA - Ahli sulam untuk kumpulan Jula Juli
2) NOORDALILAWATI  ( SEPANG)    DIYLA
3) NORHAYATI MOKHTAR (BANGI ) - YATT
4) ROSFADILAH BINTI ROSLI ( MAHKOTA CHERAS KAJANG ) - ROS
5) MIZAWATI ( NILAI PERDANA ) - MIZA
6) ROHILA ( NILAI PERDANA ) ILA
7) SARIMAH ( KPG BKT KADIR  NILAI ) - SARIE
8) NORSIYATI (ENSTEK SEPANG ) - NOR
9) NOREHA  ( NILAI PERDANA ) - REHA
10) SITI ZANARIAH ( KAJANG ) - ACIK
11) ROZIAH ( SRI KEMBANGAN) - ROZIE
.

 Wah siapa minah baju orange ni. Dengar dia buat servis Facial rumah ke rumah. Lepas ni sesiapa nak cuci muka bolehlah contact dia.
 Macam isi borang Nikah lak ni....
 Semua ni bukan Ahli untuk Pusat Cempaka 2 saja campur sekali dengan Pusat lain. Senang sekali serentak isi borang..Lagi cepat daftar lagi cepat dapat duit...
 Senyum simpul kakak  Jauh datang tu nak cuba nasib..untung sabut Timbul. untung batu Tengelam Weh...
 Dalam ramai-ramai ni yang baju Biru Kurung nan Biru tu Roziah namanya. Dari Sri Kembangan, Nampak macam Pengantin gitu... Jangan marah Rozie...


3/5/2011 Selasa Jam 11.00 pg
MESYUARAT KALI : 65 

1) Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ikrar Dan Doa Pusat
2) Ucapan Selamat Datang kepada Ahli Lama dan Bakal Ahli Baru 
    AIM CEMPAKA DUA 

3) Bakal-bakal ahli baru memperkenalkan diri masing2. Seramai 13 org 
     telah datang pada hari ini  dengan harapan yang tinggi untuk menjadi 
     ahli dan pada masa yang sama ingin memohon bantuan PINJAMAN 
     AIM bagi mengembangkan perniagaan yang sedia ada.

4) Bagi Bakal ahli baru akan mengikuti kursus taklimat AIM 
     bermula pada hari khamis 5/5/11 ini.Waktunya akan di beritahu 
     oleh cikgu Hafizan. 

5) Puan Zieta telah menyampaikan beberapa perkara berbangkit 
     bagi pihak Ketua Pusat.
     - Mengenai kedatangan ahli-ahli baru
     - Kemerosotan kedatangan Ahli2 yang sedia ada
     - Semak samun di kawasan sekeliling Dewan Mesyuarat 
        yang masih belum lagi di tebas sedangkan bayaran telah dibuat.

6) Minggu depan pemilihan kain untuk dibuat baju kurung akan dibuat.

7) Khas untuk Ahli AIM - Uptown Dataran Nilai akan dibuka pada 
    bulan JUN 2011 . Untuk menyewa tapak khemah sila hubungi 
    Puan Zieta  013-6018088 - Khemah LIMITED!!
   Untuk keterangan lanjut mengenai UPTOWN DATARAN NILAI SILA LIHAT
   BAHAGIAN INFOMASI /AKTIVITI
   
   8) Mesyuarat tamat jam 12.15 tengahari. 


26/4/2011 Selasa Jam 11.00 pg
MESYUARAT KALI : 64


1) Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ikrar dan Doa  pusat.

2) Cikgu Hafizan tidak hadir kerana bercuti dan digantikan oleh cikgu baru.

3) Pusat Cempaka Dua di beri AMARAN oleh cikgu di atas kemerosotan 
    kedatangan ahli sahabat ke mesyuarat pusat.

4) Sekiranya kedatangan Ahli sahabat tidak memenuhi kuota melebihi 80%   
    maka pinjaman bagi setiap ahli pusat tidak penuh.

5) Pinjaman "Refinance" telah diluluskan. Contoh sekiranya pinjaman setiap ahli masih
    berbaki dalam RM 3,000.00 lagi. Maka ahli dibenarkan membuat pinjaman refinance 
    sebanyak RM 10,000.00 dan akan ditolak baki pinjaman (RM 3000.00) yang sedia ada dan   
    bakinya ( RM 7,000.00) akan diberi kepada Ahli sahabat.

6) Karnival Dataran Nilai 29hb April  - 2hb Mei 2011. Bayaran gerai RM 650.00 -
    Anjuran Kementerian Penerangan Malaysia. Di anggarkan seramai 5000 org akan hadir.

7) Kursus Anjuran AIM di Port Dickson pada 12hb Mei - 13hb Mei 2011. Penginapan dan 
    makanan disediakan.

8) Hari suaikenal Ahli Baru pada minggu hadapan. Para sahabat boleh memperkenalkan
    ahli baru.

9) Mesyuarat tamat pada jam 12.30 tengahari.



19hb April 2011 - Selasa Jam 11.00 pg    
Mesyuarat kali 63



1) Buat Ahli yang sudah menjadi Ahli AIM selama setahun kini boleh membuat
    pinjaman refinance bayar balik selepas pembayaran separuh pinjaman telah 
    dibuat. Makna pinjaman yg akan datang apabilla telah diluluskan akan 
    ditolak baki pinjaman yang sedia ada dan baki selebihnya akan dipulangkan 
    kepada ahli tersebut.
2) Kak Ros ada membuat sedikit jamuan ringgan untuk semua ahli-ahli
 SEDAPNYA MEE GORENG KAK ROS.

 SEMOGA MURAH REZEKI UNTUK MU KAK ROS
 
3) Kak Ummi telah di IQ untuk pinjaman kali kedua RM 6,000.00
.
4) Cikgu Hafizan ada usul satu projek perniagaan baru. Sesiapa yang
     berminat blhlah hubungi dia untuk keterangan lanjut.

5) Zieta membentangkan pendapat mengenai kedatangan ahli pusat AIM 
     yang semakin teruk dan apakah tindakan yang perlu diambil diatas 
     perkara tersebut.

6) Seorang prospek ahli baru telah datang memperkenalkan diri Puan Rozie
    dari Sri Kembangan di bawa oleh Zieta.

7) Contoh kain untuk membuat baju kurung  telah diberikan dan keputusan 
     belum dibuat lagi.
HAH NI.. CONTOH KAIN  YANG DI BAWA OLEH ZIETA UNTUK 
CADANGAN MEMBUAT BAJU KURUNG PUSAT


8) Mesyuarat telah tamat pada jam 12.30 tengahari.



12hb April 2011 - Selasa Jam 11.00 pagi 
Mesyuarat kali 62

Kalau nak tahu inilah wajah-wajah Sahabat yang kena Denda baca Ikrar AIM 
sebab "DATANG LAMBAT"
 
Adoi Mak Malu weh.....
 Eh Cikgu pun Kena...."Peace No War" lagi gitu. 
Wah Shima Kurus Nampak. Mana silap ni... Kamera ke...
Berdiri Macam Nyanyi lagu Negara ku...
 Hah..ini saya Zieta. Minggu lalu  cakap gambar Den takdo...kan
Ini IQ pinjaman kali Ketiga RM 10,000.00

Cik Suzaliza pun IQ sama. Pinjaman RM 10,000 kali ketiga pulak

 Ini Borang IQ dibaca selepas Ikrar Pinjaman.
Dalam masa dua hari gi tgk kat Bank adolah duit....
 Kanak-kanak pun gembira dtg mesyuarat bersama Ibu.
Practice dulu sok senang nak jadi ahli.
 Inilah Pusat kami. Nampaknya kedatangan dah mula meragam
walaupun Bayaran balik pinjaman takde masalah tapi kedatangan
penting. Nanti Percentage kurang dari 80%. Pinjaman kali kedua akan kurang.