Catatan Popular

SYARAT2 MENJADI AHLI AIM

1) Kelayakan Menjadi Sahabat
 
Lokaliti
Pendapatan Isirumah (RM)
Pendapatan Perkapita (RM)
P
Terbitkan Halaman
endapatan Miskin Tegar (RM)
Pendapatan Perkapita
Semenanjung
661
152
398
91
Sabah
888
173
503
97
Sarawak
765
167
482
105

2) Syarat-syarat Menjadi Sahabat
  • Isirumah yang berpendapatan kurang dari garis kemiskinan semasa kerajaan iaitu
    RM 661 sebulan (RM 152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia, RM 765
    sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM 888 sebulan (RM 173 perkapita) bagi Sabah.
  • Bersedia menubuhkan kumpulan. Terdiri dari lima orang, sejantina, dipercayai, bertanggungjawab dan tiada tali persaudaraan yang rapat.
  • Perlu menjalani kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, iaitu 1 ½ jam sehari bertujuan untuk memahami peraturan dan syarat-syarat AIM.
  • Selepas lulus ujian khas, peserta perlu menyertai peserta-peserta lain yang terdiri daripada 2 hingga 8 kumpulan yang dipanggil pusat.
  • Peserta wajib hadir ke mesyuarat mingguan pusat. Segala urusan seperti permohonan pembiayaan dan bayar balik pembiayaan akan dijalankan semasa mesyuarat mingguan.
3) Kewajiban Sahabat AIM
  • Hadir ke Mesyuarat Pusat mingguan.
  • Membayar balik pembiayaan mengikut masa yang ditetapkan.
  • Membuat simpanan wajib mengikut kadar yang ditetapkan.
  • Membantu peserta-peserta lain, apabila mereka berada dalam kesesakan.
4) Syarat Mudah Pembiayaan
  • Tidak perlu menyediakan cagaran dan penjamin.
  • Tidak dikenakan tindakan undang-undang menuntut hutang.
  • Dilindungi khairat hutang, baki hutang dihalalkan jika meninggal dunia.
5) Caj Pengurusan
  • AIM mengenakan caj pengurusan tahunan 10% ke atas setiap peminjam. Caj pengurusan ini digunakan untuk menampung kos pengurusan.
6) Penubuhan Pusat
  • Gabungan antara 2 hingga 8 kumpulan.
  • Boleh diadakan di mana-mana tempat kemudahan awam seperti balairaya, surau dan lain-lain.
  • Wajib bermesyuarat seminggu sekali.
  • Tempat memproses pembiayaan, bayar balik dan lain-lain urusan berkaitan.
7) Tabung Kumpulan
  • Tabung kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1 hingga RM15. Sumber lain tabung ini ialah sumbangan 1% daripada pembiayaan sahabat. Dana tabung kumpulan ini boleh digunakan oleh Sahabat pada waktu kesesakan dan kecemasan. 


    NOTE*
    PINJAMAN PERMULAAN ADALAH PINJAMAN MICKRO BANDAR
     UNTUK MELIHAT JUMLAH PINJAMAN YANG 
    DIBERI DAN TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN.
    Sila klik :- PINJAMAN MIKRO BANDAR





     
    PERSATUAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA        
    (AIM)
    (Cawangan: Pusat Cempaka 2 Nilai N.S)
    Lot: 7772, Bt 161/2, Jalan Salak,
    71800 Nilai
    Negeri Sembilan

    TEL: 013-601 8088 TEL/FAX : 06-794 0623
    Email : aimnilai@yahoo.com.my
    Blog: http://aimcempakadua.blogspot.com