Catatan Popular

MENGENAI AIM & ALAMAT PEJABAT PKMB


Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang 
ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan 
didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258).
Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan 
Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Kerajaan Negeri Selangor
dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.
Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui 
pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar kepada isi rumah miskin di luar bandar untuk 
membiayai kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan

Sila Klik: 

ALAMAT PEJABAT PKMB BAGI SETIAP NEGERI

 
LOGO AIM


Warna biru dan hijau menonjolkan keberkecualian AIM dalam arena politik 
kerana kedua-dua warna tersebut tidak terdapat dalam mana-mana parti politik. 
(pada masaia ditubuhkan)
Rajah tiga segi ikatan sepuluh adalah cantuman kumpulan 5 ahli yang 
mengasaskan pusat (2 kumpulan asas menubuhkan pusat).
Lima kelopak bunga raya pula merupakan jalinan 5 individu yang menubuhkan 
kumpulan serta menjadikan takwa, disiplin, berani, bersatu dan berusaha 
sebagai falsafah memerangi kemiskinan. Kelopak bunga raya adalah identiti 
keMalaysiaan SKIM Pembiayaan Ikhtiar.
Sementara huruf jawi di dalam kelopak adalah unsur meningkatkan penulisan 
JAWI serta bagi mereka yang mahir di dalamnya. 




 
PERSATUAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)
(Cawangan: Pusat Cempaka 2 Nilai N.S)
Lot: 7772, Bt 161/2, Jalan Salak,
71800 Nilai
Negeri Sembilan

TEL: 013-601 8088 TEL/FAX : 06-794 0623
Email : aimnilai@yahoo.com.my
Blog: http://aimcempaka2nilai.blogspot.com