Pengenalan
Skim Pembiayaan Ikhtiar Bestari (I-Bestari) ini menjurus kepada membiayai kos pendidikan dan kemahiran. Syarat-syarat kelayakan adalah 6 bulan membayar balik atau separuh tempoh bayar balik pembiayaan I-Mesra kali pertama, mana-mana Sahabat layak membuat pembiayaan I-Bestari.
Maklumat Pembiayaan
- Had pembiayaan yang boleh dipohon sehingga RM5,000.
- Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
- Kaedah bayar balik secara mingguan.
- Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
Syarat-syarat khusus I-Bestari
- Sahabat yang memerlukan pembiayaan bagi tujuan membiayai keperluan pendidikan samada pendidikan formal (sekolah rendah hingga ke IPTA) ataupun pendidikan meningkatkan kemahiran (kursus-kursus kemahiran asas/lanjutan). Dokumen yang membukitkan keperluan seperti surat tawaran kemasukan dari institusi pendidikan yang sah, jumlah yuran dan lain-lain keperluan mestilah disertakan dalam borang permohonan.
- Sahabat yang baru menyertai AIM dan hendaklah mengambil pembiayaan I-Mesra kali Pertama terlebih dahulu dan mestilah telah selesai membuat bayaran balik selama 25 minggu.
- Bagi sahabat sedia ada, mereka boleh meminjam mengikut tahun mereka bersama AIM dengan syarat telah mengambil pembiayaan ekonomPERSATUAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
(AIM)(Cawangan: Pusat Cempaka 2 Nilai N.S)Lot: 7772, Bt 161/2, Jalan Salak,71800 NilaiNegeri Sembilan
TEL: 013-601 8088 TEL/FAX : 06-794 0623Email : aimnilai@yahoo.com.myBlog: http://aimcempakadua.blogspot.com
i dan menjalankan projeknya dengan baik, di samping dengan rekod disiplin kredit yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan